jump to navigation

Singapura bukan pusat kewangan Islam dunia Mac 3, 2009

Posted by pendakwah in Uncategorized.
add a comment

Singapura bukan pusat kewangan Islam dunia kerana negara itu hanya baru hendak memasarkan produk-produk kewangan Islam.
Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Muhammad Ibrahim menjelaskan, Singapura mempunyai perancangan giat untuk menjadikan negara tersebut sebagai pusat kewangan Islam dunia.
”Singapura bukan kuasa dunia yang sedang memonopoli sektor perbankan Islam, sebaliknya menggunakan kaedah pemasaran yang lebih menyeluruh berbanding negara-negara lain termasuk Malaysia sehingga dianggap sebagai pusat kewangan Islam.
”Di Singapura, sistem perbankan mereka menggunakan pengurusan kekayaan yang yang tidak diamalkan di tempat lain menyebabkan sistem pengurusannya lebih baik daripada negara-negara lain,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa pembentangan kertas kerja yang bertajuk ‘Kedudukan Semasa Kewangan Umat Islam di Malaysia’ pada Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3) anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) di sini hari ini.
Menurutnya, perkara itu menyebabkan dunia luar melihat Singapura sebagai pusat kewangan Islam walaupun negara tersebut hanya menggunakan kaedah tersebut.
Dalam pada itu, beliau memberitahu untuk memperkasakan ekonomi umat Islam di Malaysia, sistem perbankan seharusnya memperkenalkan konsep yang boleh memberi manfaat kepada semua pihak.
”Dengan adanya kaedah tersebut, ia mampu memantau keadaan perbankan Islam di seluruh dunia serta memberi peluang pekerjaan dalam bidang perbankan,” ujarnya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Perancang Dasar Kementerian Luar Negeri, Nazirah Hussin memberitahu, ASEAN akan menjadi pemangkin untuk menjaga kebajikan umat Islam.
Katanya, di ASEAN terdapat seramai lebih 250 juta orang Islam yang perlu diberi perhatian dan kebajikan dari pelbagai aspek.
”Bagi menjaga kebajikan umat Islam di rantau ini, ASEAN mampu meningkatkan taraf hidup masyarakat umat Islam sekali gus mengukuhkan lagi ekonomi masyarakat tersebut,” katanya.
Nazirah memberitahu, umat Islam di ASEAN mampu menjana pelbagai industri seperti penubuhan pusat kajian industri halal dunia di Indonesia.
Sumber (Utusan Malaysia)

Peluang kerja dalam perbankan Islam Mac 3, 2009

Posted by pendakwah in Uncategorized.
add a comment

Sektor perbankan Islam yang mengalami pertumbuhan pesat menawarkan peluang pekerjaan yang banyak kepada penduduk negara ini berikutan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab kewangan Islam.

Ketua Sumber Manusia Standard Chartered Malaysia Bhd. (StanChart), Rahmat Roslan Hashim berkata, menyedari peluang tersebut, bank itu kini menempatkan dirinya di barisan hadapan dalam usaha mengambil dan melatih bakat-bakat sedia ada untuk sayap perbankan Islamnya.

Menurut beliau, pihaknya telah membangunkan Inisiatif Bakat Baru StanChart, iaitu program yang mengenal pasti universiti-universiti tempatan dan luar negara untuk mendapatkan sumber tenaga yang berpotensi.

Katanya, StanChart juga mengguna pakai pendekatan proaktif dalam mengenal pasti dan membangunkan bakat-bakat menerusi program pelatih pengurusannya.

”Ini adalah bagi menyokong bilangan tenaga kerja berpengetahuan dan mahir yang terhad dalam industri kewangan dan perbankan pada masa ini serta dijangka berlanjutan ke tahun-tahun mendatang,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini baru-baru ini.

Rahmat berkata, StanChart sentiasa mengenal pasti mereka yang berpotensi untuk diberikan tanggungjawab dan peranan bersesuaian dalam bank.

Misalnya, ujar beliau, di bawah program perantis StanChart, pihaknya sudah melatih 64 orang sejak ia diperkenalkan pada tahun 2005.

Menurutnya lagi, program tersebut memberi latihan selama 12 bulan dan pendedahan semasa bekerja bagi menyediakan pelatihnya dalam bidang-bidang berkaitan.

”Kami meletakkan sasaran untuk mendapatkan 100 orang lulusan program ini untuk mengisi kekosongan dalam perbankan pengguna dan khidmat sokongan,” ujarnya.

Rahmat berkata, menerusi program graduan antarabangsa StanChart (IGP) pula, ia akan membangunkan pekerja mahir dan berpengetahuan serta membantu lebih lagi kerjaya mereka dengan bank itu.

Katanya, graduan dari sebarang bidang dan mereka yang memiliki pengalaman kerja selama 24 bulan akan melalui program dua tahun, diikuti lebih banyak peluang kerjaya.

Pada awal tahun ini, kata beliau, StanChart memeterai memorandum persefahaman bagi membangunkan sumber manusia dengan Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Mara.

Di bawah perjanjian itu, ujarnya, pihak universiti akan mengenal pasti graduan berpotensi untuk mengikuti program perintis StanChart, sekali gus memastikan jaminan kerjaya kepada para graduan terbabit selain menyediakan tenaga kerja tetap bagi bank tersebut.

Sumber (Utusan Malaysia)

Sembilan Alasan Umat Islam Perlu Memilih Bank Islam Mac 3, 2009

Posted by pendakwah in Uncategorized.
add a comment

Tidak dapat dinafikan bahwa bank syariah sangat berbeza dengan bank konvensional. Namun, kebanyakan orang awam terutamanya di Malaysia hanya mengenal bank syariah dari kulit saja. Ramai yang berpandangan bahawa bank syariah sama sahaja dengan bank konvensional. Oleh karena itu, ramai yang beranggapan bahawa menabung di bank syariah sama saja dengan menabung di bank konvensional. Walhal, bank syariah memiliki keunggulan yang luar biasa berbanding bank konvensional, baik dari segi  spiritual mahupun secara rasional. Bertitik tolak dari keunggulan-keunggulan inilah dapat meyakinkan umat Islam untuk memilih bank Islam. Secara umunya, penulisan ini akan menguraikan serba sedikit alasan megapa perlunya umat Islam memilih bank syariah  baik dalam tabungan, deposit, giro dan produk – produk lainnya. Berikut disenaraikan sembilan alasan mengapa bank syariah perlu dijadikan pilihan umat islam dulu, kini dan selamanya.

1. Al- Barakah ( mendapat berakah )
Menabung dan mendepositkan wang di bank syariah dengan sistem mudharabah akan mendapat keberkatan dari Allah SWT. Semua tabungan dan deposit dikelolakan secara usahasama ataupun perkongsian hasil. Keberkatan ini perkukuhkan lagi melalui sebuah adis Nabi Muhammad SAW yang berbunyi:

Dari Sholih bin Shuhaib r.a bahwa Rasulullah SAW bersabda, “ Tiga macam perkara yang mendapat barakah, pertama, jual beli secara hutang, kedua, transaksi mudharabah, ketiga, mencampur gandum dengan tepung untuk dimakan bukan untuk dijual” ( Hadits Riwayat ibnu majah no. 2280, kitab Tijarah ).

Melalui sistem mudharabah, bank syariah tidak diwajibkan membayar bunga kepada nasabah atau pelanggan sebagaimana yang diamalkan oleh bank konvensional sebegitu lama. Bank syariah membahagi hasil sesuai dengan tahap pendapatan dan keuntungan yang diperolehnya berdasarkan nisbah yang telah disepakati. Sistem mudharabah inilah yang telah menyelamatkan bank – bank syariah dari spekulasi negatif sehingga terhindar daripada kecairan. Sistem mudharabah merupakan kebalikan daripada sistem bunga. Sekiranya sistem mudharabah mendapat keberkatan, maka sistem bunga yang jelas berunsurkan riba mendapat laknat dari Allah sebagaimana yang dinukilkan melalui hadis  Nabi SAW, “Allah melaknat orang yang memakan riba “. Secara logikal, laknat ini sangat sesuai diberikan kepada pelaku riba ( bunga ), kerana bunga menimbulkan impak yang sangat buruk terhadap ekonomi negara dan masyarakat. Walau bagaimanapun, masyarakat masih belum sepenuhnya sedar tentang hal ini. Jawapan berkenaan permasalahan ini telah sedia dijawab oleh Allah melalui surah Al –Baqarah ayat 275. Menurut ayat ini orang – orang yang memakan dan mempraktikkan riba adalah gila ( tak waras ). Ayat ini terbukti kebenarannya sehingga ada yang menganggap bunga adalah sah walhal seluruh ulama dunia di kala ini telah sepakat  mengatakan tentang keharaman bunga bank.

2. Al- Falah fid Dunya wal Akhirah
Menabung dan mendepositkan wang di bank syariah mendapat keuntungan duniawi. Bunga dan hasil ataupun perolehan adalah berbeza sama sekali. Di samping itu, menabung di bank syariah turut mendapat keuntungan ukhrawi, berupa pahala mengamalkan bank syariah yang mana bererti juga berupaya menghindari bunga yang diharamkan, sehingga terhindar dari dosa.

3. Islam Syumul
Mengamalkan sistem ekonomi Islam dalan perbankan syariah berarti berupaya mengamalkankan Islam secara kaffah.

Firman Allah, “Wahai orang-orang yang beriman,
masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhan (syumul), janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan” (Q.S.2: 208).

Islam bukan saja mengatur masalah ibadah, tetapi juga aspek muamalah. Sekiranya ada orang Islam yang beribadah secara Islam, tetapi bermuamalah secara kapitalis, maka keIslamannya sebenarnya pincang dan tidak syumul. Bermuamalah secara Islam bererti kita berupaya mengamalkan syariah Islam secara syumul.

4. Al- ibadah
Oleh kerana muamalah merupakan satu juzuk yang tidak terpisah dari Islam, maka mengamalkan ajaran muamalah dikira sebagai ibadah, manakala mengamalkan riba adalah satu dosa. Nilai ibadah yang melekat dalam pengamalan muamalah melalui bank syariah, dapat diperolehi asalkan kita mempunyai niat yang ikhlas untuk mengamalkan syariahnya yang penuh dengan keadilan. Tetapi kalau kita menggunakan sistem yang zalim seperti bunga meskipun diniatkan ibadah, sekali-kali tidak akan dikira sebagai ibadah kerana perbuatan yang dilarang Allah boleh menjadi ibadah.

5. Irtifa’u iqtisadil Ummah
Bersama-sama mendokong perbankan syariah, bererti turut sama menyalur dalam mengangkat darjat ekonomi umat. Dana masyarakat yang sekian banyaknya terkumpul di bank syariah dapat disalurkan untuk membiayai usaha-usaha umat, sehingga ekonomi umat boleh  ditingkatkan secara berperingkat.  Sesiapakan tidak dapat menyangkal bahawa apabila ummat Islam bersatu mendokong dan memajukan bank-bank syariah, maka Insya Allah kemajuan ummat dan Izzul Islam Wal Muslimini secara bertahap akan dapat diraih kembali bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga dalam bidang-bidang lain.

6. Irtifa’u Ma’hadil Islami
Apabila umat Islam secara kolektif mendokong dan memajukan bank syariah baik melalui penabungan mahupun pendepositan maka lembaga perbankan syaiah akan menjadi kuat. Hal ini akan meningkatkan aset umat bagi meninggikan syiar Islam agar Islam kembali bangkit. Siapa lagi yang mampu memajukan dan mendokong lembaga syariah ini kalau bukan di kalangan umat Islam sendiri.

7. Amar ma’ruf nahi munkar
Perbankan syariah tidak akan meyalurkan dananya untuk usaha – usaha dan projek –projek haram atau syubahat. Bank syariah tidak akan membiayai tempat- tempat hiburan seperti disko, hotel maksiat, rokok, perjudian, minuman keras dan sebagainya. Bank – bank syariah hanya membiayai usaha – usaha yang halal dan thoyib. Oleh yang demikian, bank – bank syariah telah secara tidak langsung melaksanakan gerakan amar ma’ruf dan nahi munkar.

8. Al- Amnu wad Dhaman
Ummat Islam tidak perlu berasa sangsi mahupun ragu-ragu terhadap keselamatan dana mereka di bank – bank syariah. Menabung dan mendepositkan wang di bank – bank syariah turut mendapat jaminan daripada kerajaan melaui Bank Negara. Fakta ini membuktikan bahwa bank – bank syariah dapat bertahan, malah mengalami kemajuan pada masa krisis ekonomi sedangkan bank – bank konvensional mengalami kejatuhan kecairan.oleh kerana itu, bank – bank syariah adalah lembaga yang lebih dipercayai karena dana masyarakat adalah terjamin.

9. Itifa’u Tarbiyatil Muslimin
Apabila umat Islam bersatu mendokong bank – bank syariah, maka ekonomi umat akan semakin kuat dan jaya. Masyarakat menjadi semakin makmur dan sejahtera.Hal ini akan turut mempengaruhi kualiti dan tingkat pendidikan umat Islam. Masakan mungkin ummat Islam memiliki kualiti pendidikan yang hebat seandainya ekonominnya masih lemah dan tidak menentu. Melalui kesejahteraan ekonomi yang dihasilkan melalui dokongan yang diberikan terhadap sistem perbankan syariah inilah dapat meningkatkan pendidikan umat Islam terutamnya di Malaysia..

Wujudkah Bank Islam di Zaman Nabi dan Sahabat? Mac 3, 2009

Posted by pendakwah in Uncategorized.
add a comment

Terdapat banyak persoalan berkenaan asal usul bank dari perspektif Islam, ramai ilmuan yang menulis dalam bidang hal ini akan membuat kesimpulan tiada wujud sistem perbankan di zaman Nabi mahupun sahabat seperti yang wujud di zaman ini.


Adakah penubuhan bank-bank Islam dewasa ini dianggap meniru pemikiran barat semata-mata, tidak bersih dari sudut asalnya serta tidak sesuai dengan sistem konvensional yang wujud.?


Telah diterima di kalangan para ulama Islam, ciptaan-ciptaan baru di dalam bidang kewangan dan hal ehwal urusan sesama manusia ( iaitu bukan hal ibadat khusus) tidak menjadi masalah dalam Islam selagi boleh diubahsuai dan tidak bercanggah dengan kehendak hukum Islam.

Selain itu, bagi mereka yang menyelusuri sejarah Islam akan mendapati beberapa asas kepada bank sejak zaman sahabat Nabi s.a.w lagi dan zaman selepas itu, ia adalah seperti berikut  :-

1)        Khidmat Simpanan ( wadi’ah) oleh Az-Zubayr Al-‘Awwam

Ibn Sa’ad mencatatkan bahawa ramai yang mendatangi Zubayr dan meminta untuk disimpan wang mereka, sehingga Zubayr menolak kerana merasa terbeban akan hilangnya wang tersebut sedangkan beliau sendiri langsung tidak boleh menggunakannya.


Justeru, Zubayr meminta penyimpan untuk menyimpan atas dasar pinjaman dan bukan lagi wadi’ah. Sebagaimana katanya :-
لا ولكن هو سلف , أني أخشى عليه الضيعة
Erti : Tidak, tapi jadikannya sebagai pinjaman, sesungguhnya aku bimbang ia hilang.


Hasil dari tindakan Zubaiyr ini, semakin ramai yang datang kepadanya sehingga jumlah yag dipegangnya mencecah 2,200,000 dirham. Satu jumlah yang amat besar di zaman tersebut. Sehingga terdapat penulis yang menamakannya sebagai Bank Zubayr. Mungkin ia boleh dikira sebagai bank Islam yang pertama.


Melalui tindakan Zubayr ini beliau telah menukar asas konsep wadiah yang hanya menjaga amanah menyimpan tanpa boleh digunakan, kepada pinjaman yang membolehkannya untuk melaburkannya dan pada masa yang sama menjamin keselamatan wang tersebut. Natijah keuntunagn yang diperolehi oleh Zubayr banyak digunakan untuk membeli aset, menurut Az-Zahabi takala Zubayr meninggal dibunuh, beliau tidak meninggalkan satu dinar atau dirham, kecuali beberapa keping tanah di Ghabat, sebuah rumah di Madinah, Basrah, Kufah dan Mesir. Selain itu juga meninggalkan hutang yang agak besar sebanyak 2,200,000 dirham iaitu nilai simpanan orang ramai yang diubah kepada pinjaman.

2)        Khidmat Perbankan oleh Ibn Abbas dan Abdullah Ibn Zubayr
Diriwayatkan juga, Ibn Abbas r.a mengambil wang perak di Mekah bagi membawanya ke Kufah, dan Abdullah Bin Zubayr pula menulis dan mengambil wang perak dari daripada Kufah untuk dibawa ke Mekah dan seterusnya ke Iraq. Tindakan mereka ini merupakan salah satu dari khidmat-khidmat yang ditawarkan oleh perbankan moden seperti credit transfer.


Kesimpulan dari pendedahan ini terbukti bahawa khidmat-khidmat perbankan selagi mana menepati hukum Syariah adalah dibenarkan. Tambahan pula jika kewujudannya boleh memudahkan dan memberi manfaat yang banyak buat masyarakat.


Antara kemudahan yang dapat dihasilkan melalui sesebuah khidmat perbankan adalah seperti berikut :-

a) Menguruskan keperluan kewangan dua kelompok dalam masyarakat, iaitu :_

  • Satu kelompok yang mempunyai lebihan wang dan ingin melabur, menyimpan dan mendapat manfaat dari lebihan wang yang dipunyainya. Mereka terdiri dari semua orang yang mampu membuat simpanan. Mereka digelar surplus unit.
  • Satu kelompok adalah mereka yang memerlukan tunai dan wang samada untuk keperluan pernigaaan mereka atau asasi seperti pembelian kereta dan sebagainya. Mereka digelar deficit unit.

Hasil dari wujud dua kelompok ini dalam masyarakat, kewujudan bank islam sebagai orang tengah yang dipercayai ( kerana ia sebuah institusi yang dipantau dan diberi lesen oleh bank negara) boleh membantu kedua-dua kelompok bertemu dan memanfaatkan antara satu sama lain.


b) Mampu menyediakan penjagaan wang tunai yang lebih selamat berbadning penjgaan oleh individu di rumah masing-masing.


c) Menyediakan khidmat pelaburan. Ini sudah tentu baik kerana tidak semua individu yang berduit mampu mencari dan memutuskan pelaburan apa yang terbaik dan selamat baginya. Justeru, kewujduan bank yang dipenuhi dengan para pekerja profesional yang berpengalaman dalam bidang ini mampu memberikan manfaat kepada orang ramai. Ini hanyalah antara beberapa perkara yang menunjukkan kewujudaan bank dalam sistem kewangan Islam adalah diterima selagi mana semua manfaat yang disebutkan di atas dapat di kawal selia dalam lingkungan hukum Islam.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh… Februari 20, 2009

Posted by pendakwah in Uncategorized.
1 comment so far

Blog ini adalah hasil nukilan lima orang pelajar sebagaimana yang tertera di bawah. Blog ini dibangunkan bertujuan untuk mencerakinkan maklumat mengenai Sistem Perbankan Islam khususnya di Malaysia. Penulis blog ini terdiri daripada Mohd Zahari Bin Puteh, Mohd Rizal Bin Abdullah, Mohd Rafi Bin Ramli, Mohd Syaifuad Bin Jasemi, dan Ahmad Hafizuddin Bin Zakaria. Kesemua mereka merupakan siswa-siswa di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)