jump to navigation

Masa Depan

Prospek Masa Depan Perbankan Islam di Malaysia

Berdasarkan peranan penting kerajaan dan respon rakyat, Malaysia akan terus menjadi penyumbang utama kepada perkembangan perbankan dan kewangan Islam di peringkat antarabangsa. Ini adalah kerana Malaysia mempunyai struktur sistem perbankan dan kewangan Islam yang tersusun. Malaysia juga telah merumuskan strategi jangka pendek dan jangka panjang yang sesuai dalam menghasilkan struktur kewangan Islam yang telah ditetapkan agar ianya lebih kukuh dan komprehensif.

Sehingga tahun 2010, dianggarkan jumlah dana sistem kewangan Islam sedunia berjumlah US$120 bilion. Daripada jumlah ini, Malaysia menyumbangkan kira-kira 9.9 peratus, satu jumlah yang agak besar daripada negara yang hanya mempunyai 24 juta penduduk dan penduduk beragama Islam hanya merupakan separuh daripadanya. Untuk tempoh lima tahun sehingga 2005, jumlah aset sistem perbankan Islam di Malaysia meningkat kepada 49.1 peratus setahun, manakala jumlah deposit dan pembiayaan masing-masing meningkat pada kadar purata 41.0 peratus dan 57.2 peratus setahun. Berasaskan kemajuan yang menggalakkan ini, jumlah aset sistem perbankan Islam diunjur akan meningkat daripada RM35.8 juta pada 2006 kepada RM109.1 bilion pada 2007, RM255.6 bilion pada 2008 dan RM388.6 bilion pada tahun 2010.

Pembiayaan perbankan Islam lebih tertumpu kepada sektor penggunaan individu dan tidak tersebar luas ke sektor perdagangan dan perusahaan. Perkhidmatan perbankan Islam yang disediakan oleh institusi perbankan konvensional juga tidak begitu menonjol, ia seolah-olah ditawarkan sebagai antara produk pilihan dan bukan perkhidmatan alternatif. Di sektor insurans, sungguhpun saiz industri takaful berbanding industri insurans masih kecil, masa depannya adalah cerah.

Perkembangan pesat juga dapat dilihat dalam industri pengurusan dana berlandaskan syariah. Sehingga kini, 13 dana amanah saham bagi menawarkan lebih dua billion unit saham telah dilancarkan. Tiga firma pengurus dana (tidak termasuk Lembaga Urusan Tabung Haji) bergiat cergas menguruskan dana Islam ini. Bidang kewangan berlandaskan prinsip syariah diperlengkap dengan penyediaan skim ar-rahnu iaitu skim pajak gadai secara Islam.

Kesedaran dan Penerimaan Masyarakat

Dengan tidak menghapuskan sistem konvensional serta-merta, umat Islam dan rakyat keseluruhannya di negara ini akan mampu membuat perbandingan sistem manakah yang lebih baik, lebih mesra pengguna dan menggalakkan keadilan sosio-ekonomi. Kini sudah ramai masyarakat bukan Islam yang memilih sistem perbankan Islam. Kita seharusnya optimis bahawa sistem kewangan dan perbankan konvensional kini yang berunsurkan riba akhirnya akan terhapus juga namun biarlah dengan cara yang bijak.  Sekiranya umat Islam sendiri berusaha untuk memaju dan memantapkan sistem perbankan Islam sebagai suatu alternatif yang terbaik, pastinya masyarakat yang bukan beragama Islam juga akan memilih sistem berkenaan dan akhirnya sistem konvensional akan terhapus dengan sendiri. Hakikat ini bukan sahaja akan menonjolkan imej baik Islam sebagai agama yang mencakupi seluruh bidang kehidupan manusia malah seterusnya mampu menyerlahkan keindahan Islam sebagai suatu cara hidup yang terbaik. Pendekatan seumpama ini didapati lebih baik dan berkesan untuk menarik minat masyarakat sejagat terhadap Islam dan pastinya dapat membantu dalam menangani propaganda pihak tertentu iaitu musuh-musuh Islam.  Demikian juga tindakan songsang penganut-penganut Islam tertentu yang telah memberikan gambaran palsu, silap dan penuh kekaburan tentang Islam sehinggakan Islam disifatkan sebagai agama yang mundur, menentang kemajuan dan membawa manusia ke arah kemiskinan, keganasan dan pelbagai imej negatif lain.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: