jump to navigation

Singapura bukan pusat kewangan Islam dunia Mac 3, 2009

Posted by pendakwah in Uncategorized.
trackback

Singapura bukan pusat kewangan Islam dunia kerana negara itu hanya baru hendak memasarkan produk-produk kewangan Islam.
Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Muhammad Ibrahim menjelaskan, Singapura mempunyai perancangan giat untuk menjadikan negara tersebut sebagai pusat kewangan Islam dunia.
”Singapura bukan kuasa dunia yang sedang memonopoli sektor perbankan Islam, sebaliknya menggunakan kaedah pemasaran yang lebih menyeluruh berbanding negara-negara lain termasuk Malaysia sehingga dianggap sebagai pusat kewangan Islam.
”Di Singapura, sistem perbankan mereka menggunakan pengurusan kekayaan yang yang tidak diamalkan di tempat lain menyebabkan sistem pengurusannya lebih baik daripada negara-negara lain,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa pembentangan kertas kerja yang bertajuk ‘Kedudukan Semasa Kewangan Umat Islam di Malaysia’ pada Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3) anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) di sini hari ini.
Menurutnya, perkara itu menyebabkan dunia luar melihat Singapura sebagai pusat kewangan Islam walaupun negara tersebut hanya menggunakan kaedah tersebut.
Dalam pada itu, beliau memberitahu untuk memperkasakan ekonomi umat Islam di Malaysia, sistem perbankan seharusnya memperkenalkan konsep yang boleh memberi manfaat kepada semua pihak.
”Dengan adanya kaedah tersebut, ia mampu memantau keadaan perbankan Islam di seluruh dunia serta memberi peluang pekerjaan dalam bidang perbankan,” ujarnya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Perancang Dasar Kementerian Luar Negeri, Nazirah Hussin memberitahu, ASEAN akan menjadi pemangkin untuk menjaga kebajikan umat Islam.
Katanya, di ASEAN terdapat seramai lebih 250 juta orang Islam yang perlu diberi perhatian dan kebajikan dari pelbagai aspek.
”Bagi menjaga kebajikan umat Islam di rantau ini, ASEAN mampu meningkatkan taraf hidup masyarakat umat Islam sekali gus mengukuhkan lagi ekonomi masyarakat tersebut,” katanya.
Nazirah memberitahu, umat Islam di ASEAN mampu menjana pelbagai industri seperti penubuhan pusat kajian industri halal dunia di Indonesia.
Sumber (Utusan Malaysia)

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: