jump to navigation

Perkembangan

Perkembangan Perbankan Islam Di Malaysia

Sistem kewangan dan perbankan Islam di Malaysia telah menunjukkan perkembangan dan peningkatan yang memberangsangkan. Sebelum 1993, Malaysia hanya mempunyai sebuah bank Islam dengan 36 cawangan yang terhad. Bagaimanapun, selepas kerajaan memperkenalkan Skim Perbankan Tanpa Faedah pada 1993, perbankan Islam kini boleh diperolehi di hampir 2,500 cawangan bank Islam, bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan.

Menurut Laporan Ekonomi 2001/2002, pada akhir Julai 2001, sistem perbankan Islam terdiri daripada BIMB, Bank Muamalat Malaysia Bhd dan 35 institusi kewangan yang lain (14 bank perdagangan, 9 syarikat kewangan, 5 bank saudagar dan 7 syarikat diskaun) yang menawarkan perkhidmatan perbankan Islam menerusi Skim Perbankan Islam (SPI). Dalam tempoh lima setengah tahun sahaja, aset perbankan Islam telah meningkat daripada RM2.4 bilion pada 1993 kepada RM34 bilion pada akhir Jun 1999. Manakala, jumlah deposit meningkat daripada RM2.3 bilion pada tahun 1993 kepada RM26 bilion pada akhir Jun 1999.

Kini, sistem kewangan dan perbankan Islam semakin berkembang. Malaysia sudah memiliki syarikat takaful kedua (Bank Muamalat Malaysia), skim pajak gadai Islam, koperasi-koperasi Islam di seluruh negara. Kejayaan ini telah menarik minat banyak negara Islam dan negara bukan Islam yang mempunyai masyarakat Islam minoriti. Mereka menghantar pegawai-pegawai untuk mempelajari sistem perbankan Islam yang diamalkan Malaysia. Malah BIMB merancang akan menubuhkan kolej perbankan dan kewangan Islam sebagai platform melahirkan lebih ramai sumber manusia yang mahir dan pakar. Inisiatif ini juga bakal memajukan lagi sistem kewangan dan perbankan Islam melalui proses penyelidikan dan pembangunan dalam memperkenalkan lebih banyak produk demi untuk meningkatkan daya saing dan menjadi alternatif terbaik kepada sistem konvensional. Bank Negara Malaysia pula merangka rancangan jangka panjang selama 10 tahun untuk perbankan Islam. Majlis Perundingan Ekonomi Negara II (MAPEN II) juga menubuhkan Jawatankuasa Kewangan dan Perbankan Islam bagi mengemukakan syor-syor rancangan 10 tahun sistem kewangan dan perbankan Islam.

Sebagai negara yang mempunyai sistem kewangan Islam yang berkesan, Malaysia telah menyumbangkan tenaga dan buah fikiran kepada negara-negara yang berminat memajukan sektor berkenaan. BIMB telah memberikan bantuan teknikal dan kepakaran kepada penubuhan bank Islam di Brunei, Indonesia, Sri Lanka dan Albania. Bank Negara Malaysia pula pernah memberi program latihan kepada pegawai-pegawai Bank Pusat dari Indonesia dan Filipina. Malah, salah satu projek Malaysia dalam Kumpulan D-8 ialah menawarkan latihan dan kepakaran dalam bidang takaful dan perbankan Islam kepada negara-negara anggota yang berminat. Perbankan Islam yang menawarkan alternatif penting kepada perbankan konvensional terus berkembang pada 2001 dengan pasaran aset meningkat kepada 7.3 peratus pada akhir Julai 2001 berbanding 6.9 peratus yang dicatat tahun lepas (Laporan Ekonomi 2001/2002). Aset sistem perbankan Islam terus berkembang dan meningkat 3.2 peratus atau RM48.58 juta pada tujuh bulan pertama 2001 berbanding RM47.06 juta tahun sebelumnya.  Ini adalah berikutan kenaikan 10 peratus deposit atau RM39.52 juta daripada RM35.92 juta pada 2000.

Seterusnya>>>Masa Depan

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: